Tujuh Macam Pahala Yang Dapat Dinikmatinya Selepas Matinya
Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam
pahala yang dapat diterima seseorang itu
selepas matinya.
1. Sesiapa yang
mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh
orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
1. Sesiapa yang
mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
2. Sesiapa yang
menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
2. Orang yang
menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
3. Sesiapa yang
menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
4. Mereka yang mengajarkan
ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
5. Orang yang
meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang
tuanya dan beristighfar baginya
6. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an
maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan
ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah
bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya
melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang
berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang
berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh
yang mendoakan baik baginya.
0 Komentar